(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. ( Luqman 31:16 )

Monday, October 6, 2014

Antara ingin dan takut

As salam, 

Salam Selasa 3 hari selepas 10 Zulhijjah 1435 Hijrah. Melangkau ke arah tahun berikutnya, Aidiladha yang tiba. Alhamdulillah, aku dikurniakan pelbagai macam rezeki, dugaan. Masih lagi bernafas di hamparan bumi Allah yang Maha Luas. Mencari keredhaan di bumi sebagai persinggahan sementara. 

Pelbagai cabaran hidup di saat ini, dengan kesempitan hidup yang semakin hari semakin menghimpit. Hendak sahaja aku berhenti dan memulakan perniagaan.

Sabtu malam, 4 Oktober 14, ibuku baru sahaja usai menghabiskan makanan, tatkala usai makan, di canangkan kepadaku idea untuk memulakan perniagaan di sebuah Cafe di Colmar, lokasi kawasan . Dia mendapat peluang kedua untuk memulakan perniagaan setelah peluang pertamanya dilepaskan semata-mata untuk menunaikan hajatku untuk mendirikan rumahtangga. Begitu besar pengorbanan ibuku. Lantas terdetik dalam qalbu kecilku, aku harus membantu ibu memulakan cita-citanya untuk membuka perniagaan makanan. Ini bukan sahaja minat dan cita-cita dia, tetapi kami berkongsi minat yang sama wahai ibuku.



Kawasan yang telah dibangunkan itu, berhampiran Pusat Peranginan Tanah Tinggi di Colmar, menjadi tempat yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Di sana juga terdapat tempat latihan yang dibangunkan oleh kerajaan KPKT di dalam kawasan Daerah Bentong. Kakak saudaraku memberi peluang perniagaan kepada Ibuku untuk memulakan perniagaan cafenya. Aku sangat menyokong ideanya tetapi ibuku masih gundah gulana, dalam benak hatinya timbul pelbagai persoalan untuk memulakan perniagaannya. Kalaulah aku masih lagi belum berkahwin, maka dengan serius akan ku bantu ibuku memajukan perniagaanya. Itulah yang menjadi cita-citaku sejak habis pengajian di UKM. Ibuku seorang peniaga sate di pasar-pasar malam. Dengan berbekalkan duit itulah dia membesarkan aku tiga beradik. Dalam ketiga-tiga orang adik beradik itu, hanya aku sahaja yang ingin melebarkan sayap perniagaan kecil-kecilan ibuku itu.

Tidak aku lupakan bagaimana dia mendidika aku supaya merendah diri, dan mengukur baju di badan sendiri. Juga tidak lupa buat Abahku, supaya menghormati orang. Itu sisi sifat Abahku dan Ibuku. Kalaulah benar ibuku ingin dan bersungguh berniaga di Cafe yang diberitakan itu. Sungguh aku ingin membantunya, dalam masa sama, aku tidak ingin lupakan isteriku yang kini berbadan dua. Sudah hampir dua tahun aku berkahwin dengan wanita yang bernama Norul Ba'ayah. Sangat lembut sifatnya dan mudah tersentuh, itulah sifat wanita, dalam masa sama tegasnya kerana kariernye sebagai guru. Kini, berbadan dua, sudah 5 bulan perutmu..dan semakin membesar. Harap anak yang bakal lahir kedunia ini, akan ku didik dengan Sahsiah Islam, pegangan Islam. Ingin ku ikut sunah NabiKu yang terulung itu.

Dalam keadaan umur 56, ibuku masih gigih mencari harta dunia, dan cita-citanya. Tidak tertinggal juga, ibuku juga sudah rajin menunaikan solat. Sejuk halwa telinga mendengar pujian itu dari Abahku. Justeru bukan itu sahaja, adikku juga yang dahulunya liat untuk sembanhyang beransur berubah. Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Luas Rahmatnya. Keluargaku sudah mula beransur-ansur ke arah jalan Islam.

Ibuku dengan gagah ingin meneruskan perjalanan perniagaanya walaupun bukan dengan bantuan fizikal dari aku. Ingin sekali aku membantunya kalau diberi peluang untuk memajukan perniagaanya. Aku ingin buktikan peribadi, perilaku Rasullah juga praktikal pada masa kini. Dengan berniaga kita tidak terikat pada siapa-siapa melainkan dengan yang Mencipta, Tuhan kita. Akan ku bantu ibuku menjalankan perniagaan tersebut.

"Ya Tuhanku, Ya Rabbku aku memanjatkan kesyukuran dengan limpah kurnia Mu. Sesungguhnya limpahan rezeki dunia ini, hanyalah sebagai ujian dan rasa ketakwaan kepadaMu yang perlu ditingkatkan dan diingatkan kepada Yang Memberi dan Maha Luas RezekiNya. Terima kasih kepada NabiMu yang menyampaikan dan mengenalkan serta mendekatkan aku dengan Siapa PenciptaKu."

Ingin aku tawadduk seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, dan ingin aku menjadikan kisah hidupnya teladan kepada pembuktian sahihnya kata-kata Rasullah.
(Kat: Self)

No comments:

Post a Comment