(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. ( Luqman 31:16 )

Monday, August 18, 2014

Belajar untuk menerima diri dan Sabar..sabar..sabar

As Salam,

Spiritual Journey, Self Consciousness...

Apa yang bermain di fikiran anda??

Baru pagi tadi, dan beberapa hari yang lepas, saya mengalami suatu perasaan yang berbelah bahagi, rasa tenang tetapi, masih lagi merundung memikirkan pelbagai masalah di dunia, maksudnya masalah yang setiap Manusia yang bergelar Manusia di dunia ini.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah, setiap kita mengalami masalah. Tetapi bagaimana seseorang itu menghadapi masalah..?? (suatu persoalan). Hanya di jawab apabila minda yang rasional dan bukan dijawab oleh minda yang tidak rasional.

Mendengar radio IKIM pagi tadi, sedikit slot perbincangan mengenai tahap kesabaran, membuat saya tersedar..Ya!!! kita umat Islam di akhir zaman. Dugaan, Cabaran, Masalah, Khilaf, Siapa yang harus dipercayai, tekanan hidup...inilah dia hakikat dunia akhir zaman.

Kemana kita dalam usia kita ini, adakah kita hadapi setiap masalah dengan pergi kepada yang Penyelesai masalah atau menjauhkan diri dari penyelesai masalah.

Sebenarnya Allah itu tidak zalim pada hambanya, tapi hambanya yang menzalimi dan menyombongkan dirinya pada Nya. Saya remind dalam diri saya, supaya saya lekatkan ayat tadi pada diri saya.

Kebanyakan umat akhir zaman, ada sahaja masalah yang dihadapi, Emosi, kewangan, kehidupan. Tapi bagaimana kita hadapi masalah itu...?

Adakah anda tidak cukup makan bila menghadapi masalah kewangan?? pernah sampai tidak makan??

Pernah Allah abaikan anda sampai rezeki makan pun anda boleh jadi sampai tidak makan..??

Jika belum sampai tahap begitu, maka syukurlah, Allah tidak pernah lupa pada makhluk ciptaanya.

Ingatlah, kita perlu hadirkan rasa syukur...syukur bagaimana, untuk rasa kesyukuran..rajinlah beristigfar untuk lapangkan dada. Kerana kita MEMANG MANUSIA yang sentiasa berbuat silap...dan TIADA MANUSIA yang SEMPURNA melainkan hambaNya yang dipelihara.

Maka, ucaplah istigfar...sesungguhnya apabila kita beristigfar, kita akui kesilapan kita, kita minta pada yang Mencipta, kita akui kerdilnya kita, lemahnya kita, daifnya kita...maka Allah boleh hilangkan titik hitam setiap kali kita ucapkan istigfar dalam hati kita.

Baru-baru ini, saya sering amalkan membaca kitabnya (Quran Al-Qarim), membuatkan rasa ingin...dan ingin..dan..ingin lagi membaca, sambil membaca tafsirnya, dengan rasa takjub, hiba, bahkan rasa sedih...


Semuanya telah Rasullah sampaikan dan mukjizat Rasullah ada di depan mata kita, tapi telah saya abaikan, mukjizat Rasullah itu.

Tersentak dalam minda, telah sampai Mukjizat Rasullah kepada kita, tapi apa yang kita lakukan dengan Mukjizat itu...(Sekali sekala baca, cerna, hadam...) atau sekadar baca...Ya Allah aku juga hambamu yang teringin untuk bersama Rasullah di kolam Kauthar nya...

Rajinlah kita membaca Mukjizatnya, cernanya, hadamnya, kerana tidak rugi..bahkan kita rasa kita perlu lebih banyak mengetahui ilmu yang telah dikuasai oleh orang bukan Islam ini.

Rugi rasanya kerana Yahudi dan Nasrani telah lama mengkaji mukjizat Rasullah ini, tapi kita yang kini umat akhir zaman...Apa yang kita lakukan dengan Al-Quran itu...??

Saya akan sambung coretan ini di kemudian hari...Jazakallah khair.

(Kat: Self)

Masih lagi pasal kerja ... bersambung

As salam / Assalamualaikum w.b.t,

Menjengah lagi ke blog ini walaupun sudah lama aku meninggalkan penulisan blog ini. Masih lagi dengan tajuk yang sama..iaitu "kerja".

Dan seperti yang anda ketahui saya telahpun beralih kepada pekerjaan baru. Ramai yang bukan di bidang IT menyangka kami, orang-orang yang berada di bidang IT ini sering bertukar kerja..seperti menukar baju..hahahaha...

Walhal, sebenarnya itu bukanlah seperti yang anda sedia maklum. Di bidang IT, kami sememangnya sering bertukar kerja, untuk menaikkan "Skala gaji kami"..cewah.

Berbalik pada topik asal walaupun di atas tadi adalah mukadimmah..hehe. :)

Ya!!!, saya telah menukar kerja yang ke-3, dan kali ini sudahpun bekerja selama hampir 8 bulan. Saya telah berpindah dari sykt di bangi. UKM Technologies, tak mau komen lebih, sykt ini, ada pro n cons..saya tak berkehendakkan mengulas lanjut pasal, kerana saya anggap kerja di sini juga sebagai batu loncatan untuk pergi lebih jauh.

"Allah telah beri separuh dari iman pada diri kita, dan separuh lagi perlu kita cari dalam pengembaraan ini."
 


Next...,

Now bekerja di LakeFields Sg Besi. Alhamdulillah setakat ini, kerja di sini gaji..Alhamdulillah. Bukan kata sedikit, tapi lebih baik dari yang dahulu, bezanya dahulu di UKMTech tidak pernah ada istilah Lewat Bayar Gaji. Tapi di syarikat yang baru ni, lewat bayar gaji adalah biasa. Konsep kerja dahulu baru bayar.

Tapi setakat bekerja di sini, saya bersyukur kerana mengajar erti sabar. Sabar itu diuji macam-macam perkara, sesuai dengan pembawakan kita. Kalau sabar tinggi tahapnya, maka lebihlah ujiannya. Begitu juga saya bekerja di sini..wallahualam.

Apa yang bermain di fikiran saya, mampukah saya bertahan lebih lama bekerja di sini. Ingin sekali hati ni, nak bekerja seperti orang lain, yang rata-ratanya bekerja lebih dari setahun dan ada yang sudahpun bertahun-tahun bekerja di syarikat tempat bekerja saya yang baru ni.

Bukan kata saya memilih kerja, tapi saya fikirkan situasi yang saya alami sekarang, dengan isteri jauh di Pahang, berbadan dua pula tu. Runsing bila difikirkan tapi itulah ujian yang Allah bagi, setiap ujiannya saya serah padanya..dan terus menerus mencari kerja yang dekat dengan isteriku.

Sampai di sini, akan dicoret kembali andai hadir lagi apa yang melintas di minda ini.

Jazakallah Khair.

(Kat: Self)