(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. ( Luqman 31:16 )

Monday, August 18, 2014

Masih lagi pasal kerja ... bersambung

As salam / Assalamualaikum w.b.t,

Menjengah lagi ke blog ini walaupun sudah lama aku meninggalkan penulisan blog ini. Masih lagi dengan tajuk yang sama..iaitu "kerja".

Dan seperti yang anda ketahui saya telahpun beralih kepada pekerjaan baru. Ramai yang bukan di bidang IT menyangka kami, orang-orang yang berada di bidang IT ini sering bertukar kerja..seperti menukar baju..hahahaha...

Walhal, sebenarnya itu bukanlah seperti yang anda sedia maklum. Di bidang IT, kami sememangnya sering bertukar kerja, untuk menaikkan "Skala gaji kami"..cewah.

Berbalik pada topik asal walaupun di atas tadi adalah mukadimmah..hehe. :)

Ya!!!, saya telah menukar kerja yang ke-3, dan kali ini sudahpun bekerja selama hampir 8 bulan. Saya telah berpindah dari sykt di bangi. UKM Technologies, tak mau komen lebih, sykt ini, ada pro n cons..saya tak berkehendakkan mengulas lanjut pasal, kerana saya anggap kerja di sini juga sebagai batu loncatan untuk pergi lebih jauh.

"Allah telah beri separuh dari iman pada diri kita, dan separuh lagi perlu kita cari dalam pengembaraan ini."
 


Next...,

Now bekerja di LakeFields Sg Besi. Alhamdulillah setakat ini, kerja di sini gaji..Alhamdulillah. Bukan kata sedikit, tapi lebih baik dari yang dahulu, bezanya dahulu di UKMTech tidak pernah ada istilah Lewat Bayar Gaji. Tapi di syarikat yang baru ni, lewat bayar gaji adalah biasa. Konsep kerja dahulu baru bayar.

Tapi setakat bekerja di sini, saya bersyukur kerana mengajar erti sabar. Sabar itu diuji macam-macam perkara, sesuai dengan pembawakan kita. Kalau sabar tinggi tahapnya, maka lebihlah ujiannya. Begitu juga saya bekerja di sini..wallahualam.

Apa yang bermain di fikiran saya, mampukah saya bertahan lebih lama bekerja di sini. Ingin sekali hati ni, nak bekerja seperti orang lain, yang rata-ratanya bekerja lebih dari setahun dan ada yang sudahpun bertahun-tahun bekerja di syarikat tempat bekerja saya yang baru ni.

Bukan kata saya memilih kerja, tapi saya fikirkan situasi yang saya alami sekarang, dengan isteri jauh di Pahang, berbadan dua pula tu. Runsing bila difikirkan tapi itulah ujian yang Allah bagi, setiap ujiannya saya serah padanya..dan terus menerus mencari kerja yang dekat dengan isteriku.

Sampai di sini, akan dicoret kembali andai hadir lagi apa yang melintas di minda ini.

Jazakallah Khair.

(Kat: Self)

No comments:

Post a Comment