(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. ( Luqman 31:16 )

Thursday, February 17, 2011

Memberi salam secara berhikmah

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"






بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya
By: Abdullah Spontan
(Kat: Ilmu)

Thursday, February 10, 2011

5 wasiat Rasullah selepas diisrakkan



Subject: wasiat
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat,
antaranya:

·Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk
engkau.
·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
·Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru
tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
·Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
·Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
·Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

Email yang diterima pada: February 11, 2011 at 7:52am

(Kat: Ilmu )


Tuesday, February 8, 2011

Khutbah Terakhir Rasullah

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."


Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...


(Kat: Ilmu)

Masih ada lagi peminat Pramlee

Salam kepada mereka yang beragama Islam. Pada hari selasa yang lepas, 10/01/11 saya dengan rakan sekerja saya telah pergi ke plaza Low Yat untuk membeli sebuah PC(Personal Computer) untuk Pejabat di Plaza Sentral. Bos mengarahkan untuk membeli satu PC bagi staff yang bakal menyertai kami di Rezzen selaku designer.

Set PC tersebut berharga RM 1640.00. Siap dengan set Monitor LCD 20’, wau sememangnya menarik, dengan pemproses I3. Walaupun telah ada yang pemproses yang baru. Tetapi bajet yang dianggar adalah bajet Syarikat, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Maka harga tersebut dikira berpatutan.

Setelah selesai Syarikat PC Zone menyiapkan permintaan kami, sebuah PC yang sederhana, untuk programming. Kami bersiap-siap berangkat pulang.

Di sinilah bermulanya cerita Peminat Pramlee. Kami menahan teksi yang dimiliki seorang pemandu teksi berbangsa india. Layanan ramahnya membuat kami selesa dengan pemandu tersebut, ditambah pula dengan bau wangian asli, bunga kemboja. Memang sangat menusuk ke hidung. Tetapi layankan sahaja, kerana saya anggap ini terapi semulajadi.

Dengan tidak semena-mena, pemandu teksi menimbulkan cerita pramlee. Dengan lenggok gaya penceritaan pemandu, nampak jelas, sememangnya dia adalah peminat cerita klasik, pramlee. Dia juga membezakan lakonan sekarang dengan lakonan dahulu. Nampak jelas berbeza, katanya, kalau dahulu lakonan adegan cinta, babak terakhir cerita barulah dilafazkan perkataan hikmat itu, cinta, “Aku cinta sama kau!”. Tetapi ironisnya dengan lakonan pada zaman sekarang, kalau dahulu cerita digarap dengan penuh maksud tersirat dan tersurat. Tapi mesej lakonan pada zaman kini tidak disampaikan dengan baik, bahkan cerita pada zaman kini, sangat berbeza, dan ada mungkinnya dibuat tanpa mengandungi mesej yang dapat difahami oleh penonton.
 
Tatkala rancak bercerita, saya kagum dengan enchee pemandu teksi  ini. Kerana beliau sangat mengkagumi lakonan pelakon termasyhur berbangsa Melayu. Begitu hebat aura Tan Sri P.Ramlee. Sehingga ada bangsa lain yang turut menyukai lakonan beliau. 

Menarik nafas lega pemandu teksi, kerana cerita yang diceritakan dalam salah satu babak PRamlee, telah disampaikan pada kami, dengan memulakan babak adegan cerita tersebut, pemandu tersebut telah membuat kesimpulan lakonan Tan Sri P.Ramlee sangat terkesan sehingga ke peringkat umur usia emas.

Kagum dan bangga kerana anak bangsa Melayu tersebut, telah memberikan impak besar dalam industri dunia lakonan di Malaysia.

(Kat: Info)