Salam kepada mereka yang beragama Islam. Pada hari selasa yang lepas, 10/01/11 saya dengan rakan sekerja saya telah pergi ke plaza Low Yat untuk membeli sebuah PC(Personal Computer) untuk Pejabat di Plaza Sentral. Bos mengarahkan untuk membeli satu PC bagi staff yang bakal menyertai kami di Rezzen selaku designer.
Set PC tersebut berharga RM 1640.00. Siap dengan set Monitor LCD 20’, wau sememangnya menarik, dengan pemproses I3. Walaupun telah ada yang pemproses yang baru. Tetapi bajet yang dianggar adalah bajet Syarikat, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Maka harga tersebut dikira berpatutan.
Setelah selesai Syarikat PC Zone menyiapkan permintaan kami, sebuah PC yang sederhana, untuk programming. Kami bersiap-siap berangkat pulang.
Di sinilah bermulanya cerita Peminat Pramlee. Kami menahan teksi yang dimiliki seorang pemandu teksi berbangsa india. Layanan ramahnya membuat kami selesa dengan pemandu tersebut, ditambah pula dengan bau wangian asli, bunga kemboja. Memang sangat menusuk ke hidung. Tetapi layankan sahaja, kerana saya anggap ini terapi semulajadi.
Dengan tidak semena-mena, pemandu teksi menimbulkan cerita pramlee. Dengan lenggok gaya penceritaan pemandu, nampak jelas, sememangnya dia adalah peminat cerita klasik, pramlee. Dia juga membezakan lakonan sekarang dengan lakonan dahulu. Nampak jelas berbeza, katanya, kalau dahulu lakonan adegan cinta, babak terakhir cerita barulah dilafazkan perkataan hikmat itu, cinta, “Aku cinta sama kau!”. Tetapi ironisnya dengan lakonan pada zaman sekarang, kalau dahulu cerita digarap dengan penuh maksud tersirat dan tersurat. Tapi mesej lakonan pada zaman kini tidak disampaikan dengan baik, bahkan cerita pada zaman kini, sangat berbeza, dan ada mungkinnya dibuat tanpa mengandungi mesej yang dapat difahami oleh penonton.
Tatkala rancak bercerita, saya kagum dengan enchee pemandu teksi ini. Kerana beliau sangat mengkagumi lakonan pelakon termasyhur berbangsa Melayu. Begitu hebat aura Tan Sri P.Ramlee. Sehingga ada bangsa lain yang turut menyukai lakonan beliau.
Menarik nafas lega pemandu teksi, kerana cerita yang diceritakan dalam salah satu babak PRamlee, telah disampaikan pada kami, dengan memulakan babak adegan cerita tersebut, pemandu tersebut telah membuat kesimpulan lakonan Tan Sri P.Ramlee sangat terkesan sehingga ke peringkat umur usia emas.
Kagum dan bangga kerana anak bangsa Melayu tersebut, telah memberikan impak besar dalam industri dunia lakonan di Malaysia.
(Kat: Info)
No comments:
Post a Comment