FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA  
Dari Abdullah bin 'Amr   r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu   ayat..." 
Dari Abu Hurairah r.a.   bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu   100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih   Bukhari. 
1.  Allah 
2.  Ar-Rahman -   Maha Pemurah 
3.  Ar-Rahim -   Maha Penyayang 
4.  Al-Malik -   Maha Merajai/Pemerintah 
5.  Al-Quddus -   Maha Suci 
6.  As-Salam -   Maha Penyelamat 
7.  Al-Mu'min -   Maha Pengaman 
8.  Al-Muhaymin -   Maha Pelindung/Penjaga 
9.  Al-‘Aziz -   Maha Mulia/Perkasa 
10. Al-Jabbar - Maha   Pemaksa 
11. Al-Mutakabbir -   Maha Besar 
12. Al-Khaliq - Maha   Pencipta 
13. Al-Bari' - Maha   Perancang 
14. Al-Musawwir - Maha   Menjadikan Rupa Bentuk 
15. Al-Ghaffar - Maha   Pengampun 
16. Al-Qahhar - Maha   Menundukkan 
17. Al-Wahhab - Maha   Pemberi 
18. Ar-Razzaq - Maha   Pemberi Rezeki 
19. Al-Fattah - Maha   Pembuka 
20. Al-‘Alim - Maha   Mengetahui 
21. Al-Qabid - Maha   Penyempit Hidup 
22. Al-Basit - Maha   Pelapang Hidup 
23. Al-Khafid - Maha   Penghina 
24. Ar-Rafi’ - Maha   Tinggi 
25. Al-Mu’iz - Maha   Pemberi Kemuliaan/Kemenangan 
26. Al-Muthil - Maha   Merendahkan 
27. As-Sami’ - Maha   Mendengar 
28. Al-Basir - Maha   Melihat 
29. Al-Hakam - Maha   Menghukum 
30. Al-‘Adl - Maha   Adil 
31. Al-Latif - Maha   Halusi 
32. Al-Khabir - Maha   Waspada 
33. Al-Halim - Maha   Penyantun 
34. Al-‘Azim - Maha   Agong 
35. Al-Ghafur - Maha   Pengampun 
36. Ash-Shakur - Maha   Pengampun 
37. Al-‘Aliyy - Maha   Tinggi Martabat-Nya 
38. Al-Kabir - Maha   Besar 
39. Al-Hafiz - Maha   Pelindung 
40. Al-Muqit - Maha   Pemberi Keperluan 
41. Al-Hasib - Maha   Mencukupi 
42. Aj-Jalil - Maha   Luhur 
43. Al-Karim - Maha   Mulia 
44. Ar-Raqib - Maha   Pengawas 
45. Al-Mujib - Maha   Mengabulkan 
46. Al-Wasi’ - Maha   Luas Pemberian-Nya 
47. Al-Hakim - Maha   Bijaksana 
48. Al-Wadud - Maha   Pencinta 
49. Al-Majid - Maha   Mulia 
50. Al-Ba’ith - Maha   Membangkitkan 
51. Ash-Shahid - Maha   Menyaksikan 
52. Al-Haqq - Maha   Benar 
53. Al-Wakil - Maha   Berserah 
54. Al-Qawiyy - Maha   Memiliki Kekuatan 
55. Al-Matin - Maha   Sempurna Kekuatan-Nya 
56. Al-Waliyy - Maha   Melinuingi 
57. Al-Hamid - Maha   Terpuji 
58. Al-Muhsi - Maha   Menghitung 
59. Al-Mubdi' - Maha   Memulai/Pemula 
60. Al-Mu’id - Maha   Mengembalikan 
61. Al-Muhyi - Maha   Menghidupkan 
62. Al-Mumit - Maha   Mematikan 
63. Al-Hayy - Maha   Hidup 
64. Al-Qayyum - Maha   Berdiri Dengan Sendiri-Nya 
65. Al-Wajid - Maha   Menemukan 
66. Al-Majid - Maha   Mulia 
67. Al-Wahid - Maha   Esa 
68. As-Samad - Maha   Diminta 
69. Al-Qadir - Maha   Kuasa 
70. Al-Muqtadir - Maha   Menentukan 
71. Al-Muqaddim - Maha   Mendahulukan 
72. Al-Mu'akhkhir -   Maha Melambat-lambatkan 
73. Al-'Awwal - Maha   Pemulaan 
74. Al-'Akhir - Maha   Penghabisan 
75. Az-Zahir - Maha   Menyatakan 
76. Al-Batin - Maha   Tersembunyi 
77. Al-Wali - Maha   Menguasai Urusan 
78. Al-Muta’ali - Maha   Suci/Tinggi 
79. Al-Barr - Maha   Bagus (Sumber Segala Kelebihan) 
80. At-Tawwab - Maha   Penerima Taubat 
81. Al-Muntaqim - Maha   Penyiksa 
82. Al-‘Afuww - Maha   Pemaaf 
83. Ar-Ra'uf - Maha   Mengasihi 
84. Malik Al-Mulk -   Maha Pemilik Kekuasaan 
85. Thul-Jalali   wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan   Kemuliaan 
86. Al-Muqsit - Maha   Mengadili 
87. Aj-Jami’ - Maha   Mengumpulkan 
88. Al-Ghaniyy - Maha   Kaya Raya 
89. Al-Mughni - Maha   Penberi Kekayaan 
90. Al-Mani’ - Maha   Membela/Menolak 
91. Ad-Darr - Maha   Pembuat Bahaya 
92. An-Nafi’ - Maha   Pemberi Manfaat 
93. An-Nur - Maha Pemberi   Cahaya 
94. Al-Hadi - Maha   Pemberi Petunjuk 
95. Al-Badi’ - Maha   Indah/Tiada Bandingan 
96. Al-Baqi - Maha   Kekal 
97. Al-Warith - Maha   Membahagi/Mewarisi 
98. Ar-Rashid - Maha   Pandai/Bijaksana 
99. As-Sabur - Maha Penyabar                                  
FADHILAT ZIKIR ASMAUL   HUSNA 
(fadhilat ini dipetik   dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran,   susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 
 1. "Ya   Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas   solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di   dalam mencapai segala yang dihajati. 
 2. "Ya   Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka   hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup   akan hilang dengan izin Allah. 
 3. "Ya   Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita   akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa   cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 
 4. "Ya   Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah   tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan   mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah. 
 5. "Ya   Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah   tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati   seperti sombong, iri hari, dengki dll. 
 6. "Ya   Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &   rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi   segar sihat & sejahtera. 
 7. "Ya   Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,   keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari   segala macam gangguan yang merosakkan. 
 8. "Ya   Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak,   Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih. 
 9. "Ya   'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,   InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh   kewibawaan. 
 10."Ya   Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua   musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. 
 11. "Ya   Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan   kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan   mereka akan menjadi pembantu yg setia. 
 12."Ya   Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang   ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan   memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham). 
 13."Ya   Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit,   dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan   terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. 
 14."Ya   Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,   maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga   Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan   "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk   berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi   hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak,   bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh. 
 15."Ya   Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)   bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,   InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita. 
 16."Ya   Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita   akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah   orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. 
 17. "Ya   Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang   selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam   soal apa pun akan hilang. 
 18. "Ya   Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat   subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.   Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar   yang zahir. 
 19. "Ya   Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah   hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama. 
 20. "Ya   'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah,   Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna. 
 21. "Ya   Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat   dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman. 
 22. "Ya   Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,   kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini   setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. 
 23. "Ya   Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci,   khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga   apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. 
 24. "Ya   Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x,   InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di   tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian. 
 25. "Ya   Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan   memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau   perniagaan. 
 26. "Ya   Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang   berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang   akan sedar & membayar hutangnya kembali. 
 27. "Ya   Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga   kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih   lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab. 
 28. "Ya   Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah   akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik   & hidayah dari Allah. 
 29. "Ya   Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci,   InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama   & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama. 
 30. "Ya   Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5   waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil. 
 31. "Ya   Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,   InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya   menjadi laris & maju. 
32. "Ya   Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung   faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain   faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah   sekian lama. 
 33. "Ya   Haliim!"  Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi   mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa   saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau   diungkit-ungkit atau tergugat. 
 34. "Ya   'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian   lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x   kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka   dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &   sebagainya. 
 35. "Ya   Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini   dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya,   InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah. 
 36. "Ya   Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai   pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan   dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting   & terdesak. 
 37. "Ya   'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini   sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu   direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah   lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.   InsyaAllah mujarab. 
 38. "Ya   Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut   gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7   hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.   Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat). 
 39. "Ya   Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung   dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan. 
 40. "Ya   Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat   di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan   makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat   & segar kerana rasa lapar akan hilang. 
 41. "Ya   Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan   zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib,   InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan. 
 42. "Ya   Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang   terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan   -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa   disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah   seterusnya dengan izin Allah. 
 43. "Ya   Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun   di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak    masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan   zikir ini. 
 44. "Ya   Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang   yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar   barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar   dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal   & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....  
 45. "Ya   Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya &   agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan   zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan   mengabulkan doa kita. 
 46. "Ya   Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x   setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat   pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan   menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk. 
 47. "Ya   Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini   setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam   menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x   setiap hari. 
 48. "Ya   Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.   InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi   & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni. 
 49. "Ya   Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga   sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua   keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua   belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota   keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga. 
 50. "Ya   Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke   dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah. 
 51. "Ya   Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka   membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan   setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 
 52. "Ya   Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali   untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah. 
 53. "Ya   Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau   terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana   tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala. 
 54. "Ya   Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar   apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim. 
 55. "Ya   Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai   fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga   musuh merasa gentar untuk mengganggu. 
 56. "Ya   Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka   amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan   izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh   orang-orang yang bersifat dengki. 
 57. "Ya   Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah   sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. 
 58.   "Ya  Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan   didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan   zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu. 
 59. "Ya   Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka   zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.... 
 60. "Ya   Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan   sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.   InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya. 
 61. "Ya   Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita   akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak. 
 62. "Ya   Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan   dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya. 
 63. "Ya   Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani   kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. 
 64. "Ya   Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin   memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap    manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat,   maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x   setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya   Allah akan tercapai segala hajat. 
 65. "Ya   Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah   terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini. 
 66. "Ya   Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima   pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap   hari. 
 67. "Ya   Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat   ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali   selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga   hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah... 
 68. "Ya Somad!   Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah   kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa   segar & sentiasa. 
 69. "Ya   Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka   amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan   berhasil. 
 70. "Ya   Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar   secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga   ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan   hajat kita. 
 71. "Ya   Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata   "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,   InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil". 
 72. "Ya   Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah,   perbanyakkanlah zikir ini. 
 73. "Ya   Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap   hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah. 
 74. "Ya   Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama   satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. 
 75. "Ya   Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di   tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari   segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu. 
 76. "Ya   Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah   solat fardhu.  
 77. "Ya   Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh   menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka   oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini 
 78.   "Ya  Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka   yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka   bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah   kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan   berhasil. 
 79. "Ya   Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah   segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah. 
 80. "Ya   Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka   hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk   kembali ke jalan yang lurus. 
 81. "Ya   Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia   tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita    memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita   akan mendapat pertolongan Allah. 
 82. "Ya   'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan   diampuni segala dosanya oleh Allah. 
 83. "Ya   Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau   sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada   pada waktu siang mahupun malam. 
 84. "Ya   Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang   kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir   ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama   sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah. 
 85. "Ya Zul   Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari   selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan   Allah. 
 86. "Ya   Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,    InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang   mengamalkannya. 
 87. "Ya   Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang   lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari   dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang   yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat. 
 88. "Ya   Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,   InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang   kita perolehi itu akan mendapat berkat. 
 89. "Ya   Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia &   akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala   hajat kita akan tercapai. 
 90. "Ya   Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada   waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari   orang-orang yang zalim & suka membuat angkara. 
 91. "Ya   Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan   sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi   & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap   hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh. 
 92. "Ya Naafi'   "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini   setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi   orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. 
 93. "Ya   Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang   menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik   kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu   berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang. 
 94. "Ya   Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu,   kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan   memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah   akan cepat lepas dari kesesatan tersebut. 
 95. "Ya   Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi   memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah   dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan   memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar. 
 96. "Ya   Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,   InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca   rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap   dengan berkat zikir ini. 
 97. "Ya   Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu   atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka   hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x.   InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita   akan berhasil dengan baik & memberangsangkan. 
 98. "Ya   Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak,   namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan   menjadi bertambah cerdas. 
 99. "Ya   Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka   perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh   pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai   kejayaan. 
                             FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA 
Doa-doa Yang Makbul: 
 1. Orang yang   terdesak. 
2. Orang yang   teraniaya/dizalimi. 
3. Anak yang berbuat   baik terhadap kedua ibubapanya. 
4. Doa seorang Muslim   yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim. 
 Tanda-tanda   Doa Yang Makbul: 
1. Terasa sesuatu yang   menakutkan. 
2. Menangis tatkala   berdoa. 
3. Terasa menggeletar. 
 Cara-cara   Berdoa: 
1. Bersungguh-sungguh   semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 
"Sesungguhnya   Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" 
 2. Menghadirkan   diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari   hati yang lalai. 
 3. Hendaklah   makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana   sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka. 
 4. Doa itu bukan   bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan   sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 
 5. Digalakkan   memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar,   hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat. 
 6. Sebelum   berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya). 
KATA-KATA NASIHAT IBNU   QAYYIM  
 
 
 
 
  |   
  Kisah Wahyu Terakhir | Solat | Mazhab | Wahabi | Saat Kematian | Menu
Cadangan dan teguran dipersilakan kealamat zubir@pc.jaring.my
No comments:
Post a Comment